Padah lari daripada keluarga, pelajar 12 tahun jadi mangsa pemerdagangan manusia

SEORANG pelajar sekolah rendah di Bandung, Jawa Barat, Indonesia menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

Berdasarkan hasil siasatan Unit Pelindung Wanita dan Kanak-Kanak (PPA) Unit Siasatan Jenayah Polis Bandung, kanak-kanak perempuan itu didakwa melarikan diri daripada rumah bersama rakan yang baru dikenalinya menerusi media sosial.

Tindakan tersebut akhirnya memakan diri sendiri apabila beliau bukan sahaja dijual, malah diperkosa oleh rakannya itu yang dikenali sebagai AD, 19 tahun dan DF, 24 tahun.

Ketua Polis Bandung, Komisioner Budi Sartono berkata, kejadian ‘kehilangan’ kanak-kanak berusia 12 tahun tersebut mula terbongkar selepas polis menerima laporan daripada ibu bapa mangsa.

“Kami memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) dan meminta keterangan daripada saksi.

“Selepas siasatan dijalankan, didapati mangsa keluar dari rumah dengan seorang kenalan di media sosial dikenali AD,” katanya.

APLIKASI JANJI TEMU

Menurut Budi, mangsa turut diserang secara seksual oleh suspek dan dijual melalui aplikasi janji temu dalam talian.

Ujarnya, selepas dijual beberapa kali oleh AD, mangsa diberikan seorang lagi suspek iaitu DF dan ditempatkan di sebuah pangsapuri di Jalan Ahmad Yani, Kota Bandung.

Turut baca :

“AD juga beberapa kali menjual mangsa kepada lelaki dengan harga Rp300,000 hingga Rp500,000 (RM90 hingga RM150) untuk satu malam.

“Polis akhirnya menemui mangsa pada 20 Disember lalu di pangsapuri berkenaan,” ujarnya.

Sementara itu, pelaku AD mengakui mengenali mangsa menerusi laman sosial.

“Mangsa menghubungi dan meminta membawa beliau keluar dari rumah dengan alasan mempunyai masalah keluarga,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*