Padah! Baru kenal dah berani keluar dengan jantan

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun mendakwa menjadi mangsa noda rakan lelaki yang dikenali melalui aplikasi Telegram, semalam.

Menurut sumber, kejadian sekitar pukul 1.30 tengah hari itu berlaku dalam sebuah kereta ketika mangsa meminta bantuan suspek untuk menghantarnya ke sebuah kolej di Changkat Lada.

Difahamkan, suspek datang bersama dua rakan lain untuk mengambil mangsa dengan menaiki sebuah kereta namun ketika dalam perjalanan, lelaki itu telah memeluk remaja terbabit dan cuba merabanya.

Mangsa yang terkejut telah menjerit dan meminta kenderaan itu diberhentikan di tepi jalan sebelum hadir ke balai polis untuk membuat laporan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan mangsa.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*