![Padah baca teks khutbah Jumaat negeri lain, 4 imam masjid digantung tugas](https://i0.wp.com/sengatdaily.com/wp-content/uploads/2025/02/image-25-2.jpg?resize=449%2C248&ssl=1)
JABATAN Agama Islam Perak (JAIPk) menggantung tugas dan elaun empat imam selepas didapati tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.
Timbalan Pengarah JAIPk Zakaria Abd Razak berkata, kejadian itu berlaku pada 31 Januari dan surat penggantungan dikeluarkan pada 6 Februari lalu.
Jelasnya, kesemua imam berkenaan berkhidmat di daerah Parit Buntar, Teluk Intan dan Kuala Kangsar.
Jawatankuasa disiplin jabatan itu yang dijangka bermesyuarat pada awal Ramadan Mac depan akan menentukan nasib keempat-empat imam tersebut.
“Jika ada lebih banyak kes, kami akan ikut prosedur yang sama, tetapi buat masa ini, kami tidak menerima sebarang aduan lain,” katanya.
Tambahnya, antara alasan dikemukakan imam berkenaan ialah teks tidak boleh dimuat turun untuk dicetak.
Tambahnya, empat imam itu digantung imbuhan bagi jawatan tersebut kerana membaca khutbah dari negeri lain serta satu daripadanya membaca khutbah keluaran tahun 2023.
Terdahulu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang khatib di sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.
Beliau mendakwa kejadian seumpama itu turut berlaku di beberapa buah masjid lain di Perak.
Baca juga :
Sindiket tawaran pinjaman: Ziana Zain kunci mulut bakal disiasat SPRM
Leave a Reply