“Orang terakhir dilihat bersama mangsa…” Lelaki ditahan dalam kes bunuh ibu tunggal di Sarawak

Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita di pusat peranginan di Mukah, Sarawak semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Muhamad Rizal Alias, berkata lelaki berusia 52 tahun itu ditahan selepas siasatan mendapati dia orang terakhir yang dilihat dengan mangsa.

“Suspek diberkas dalam rumah di sebuah taman perumahan pada 1.40 tengah hari bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Polis menahan lelaki berusia 52 tahun itu selepas siasatan mendapati dia orang terakhir yang dilihat dengan mangsa.

Beliau berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan.

Katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah menerima laporan seorang wanita meninggal dunia dalam sebuah bilik tempat peranginan di Mukah pada 12.35 tengah hari semalam.

Beliau berkata, siasatan awal menemui kesan cedera dalaman di bahagian leher dan pinggang mangsa, ibu tunggal beranak dua yang berusia 44 tahun dan beralamat di Sibu.

“Mangsa mendaftar masuk ke tempat peranginan berkenaan bersama anak-anaknya sehari sebelum kejadian,” katanya.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*