Orang ramai tidak sabar naik ‘teksi terbang’

Sebuah kenderaan elektrik menyerupai piring terbang berlepas dan mendarat secara menegak (eVTOL) semasa melakukan ujian penerbangan di China, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Kelihatan seperti objek terbang tidak dikenali (UFO), teksi terbang itu mempunyai kapasiti dua penumpang.

Juruterbang boleh menerbangkannya secara manual atau menggunakan sistem autopilot secara kawalan jauh.

Dibina oleh syarikat UAV Zhenzhen Zhihang berpangkalan di selatan China, ia boleh mencapai ketinggian sehingga 198.12 meter dan berada di ruang udara selama kira-kira 15 minit.

Pembangun kenderaan itu, Wang Yang berkata: “Ia akan mempunyai pemandangan 360 darjah tanpa titik buta dan sistem pencahayaan yang besar.”

Setakat ini, tiada tarikh ditetapkan berhubung tempoh ia akan mula digunakan dan tiada maklumat harga dikeluarkan.

Namun, teksi terbang itu telah melepasi semua pemeriksaan keselamatan dan diberikan sijil layak terbang pada Mac lalu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*