Op Samseng Jalanan : 13 ‘mat rempit’ dibawa solat subuh berjemaah, dengar tazkirah selepas ditahan

Tiga belas mat rempit dibawa menunaikan solat subuh berjemaah dan mendengar tazkirah selepas ditahan dalam Op Samseng Jalanan dekat Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata selesai dokumentasi di Balai Polis Tun HS Lee, semua penunggang motosikal berusia 14 hingga 19 tahun itu dibawa ke Surau An Nazahah.

Beliau berharap pendekatan keagamaan dapat membantu jiwa dan minda mereka untuk membentuk akhlak lebih mulia.

“Mereka didedahkan dengan aktiviti kerohanian, termasuk solat subuh berjemaah di surau berkenaan.

Pendekatan keagamaan antara yang digunakan dalam menangani masalah sosial untuk penunggang motosikal remaja di ibu kota, katanya menurut Sinar Harian.

Beliau menyarankan ibu bapa lebih memberi perhatian kepada anak, khasnya remaja yang menjadi pengguna jalan raya bagi mengelak tindakan melanggar undang-undang lalu lintas.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*