Op Global: Polis selamatkan empat beradik jadi mangsa dera GISBH

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan pihaknya telah berjaya menyelamatkan empat beradik yang dipercayai didera oleh ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) menerusi Operasi Fasa 4 Op Global yang bermula 21 September lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua mereka berusia antara enam hingga 11 tahun berjaya diselamatkan di Tapah, Perak.

Katanya, polis juga mendapati keempat-empat mangsa kanak-kanak yang diselamatkan itu telah terpisah dengan bapa mereka sejak tahun 2021.

Tangkap layar video memaparkan kanak-kanak dirotan, dipijak tular di media sosial.

“Siasatan polis mendapati, salah seorang kanak-kanak tersebut merupakan individu tular yang dirotan oleh ahli GISBH,” katanya dalam sidang media khas yang diadakan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Razarudin berkata, seorang lagi kanak-kanak yang tular didakwa menjadi mangsa penderaan (dipijak) juga telah diselamatkan oleh pihak polis.

Tambah beliau, kanak-kanak tersebut ketika ini sedang berada dalam jagaan pihak hospital dan ditempatkan di wad pediatrik untuk pemeriksaan lanjut.

Jelasnya, polis menyiasat kedua-dua kes tersebut di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Semua suspek yang terlibat telah direman untuk siasatan.

“Pemeriksaan awal oleh pihak Kementerian Kesihatan turut mendedahkan bahawa mangsa yang diselamatkan itu mengalami kesan penganiayaan,” jelasnya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*