Olimpik Paris: Positif doping, atlet Iraq terpaksa dihantar pulang

PARIS – Atlet judo Iraq, Sajjad Sehen dilarang untuk mengambil bahagian di Sukan Olimpik Paris 2024 selepas dikesan positif doping dengan mengambil bahan terlarang jenis steroid terlarang.

Agensi Ujian Antarabangsa (ITA) dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa ujian doping ke atas Sajjad dilakukan diluar pertandingan pada Selasa lalu.

Hasil keputusan yang dikeluarkan makmal bertauliah Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) di Paris mengesakan bahawa atlet berusia 28 tahun itu mengambil bahan terlarang jenis metandienone dan boldenone yang diharamkan oleh WADA.

“Buat masa ini, atlet dari Iraq tersebut dilarang untuk mengambil bahagian di Sukan Olimpik Paris, berlatih dan melatih atau menyertai sebarang aktiviti semasa Sukan Olimpik Paris 2024 berlangsung,” kata ITA.

ITA berkata, Sajjad mempunyai hak untuk mencabar penggantungan sementara di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dan juga boleh meminta analisis sampel B berkenaan kesalahan doping tersebut.

Pengurus delegasi Iraq, Herda Raouf menjelaskan bahawa atletnya dan jurulatih akan memberi kenyataan kepada ketua doping dalam tempoh terdekat ini.

“Dia (Sajjad) sebelum ini telah menjalani pembedahan yang mungkin menyebabkan telah mengambil beberapa jenis ubat,” kata Herda.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*