“Niat berselawat timbul syahwat… Jemaah wanita menari ketika majlis selawat dikecam

Perbuatan sekumpulan jemaah wanita yang selamba berjoget di sebuah acara keagamaan di Indonesia mengundang kecaman ramai, lapor saluran berita Tribunnews semalam.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @pinkyboy198, wanita-wanita yang mengenakan tudung berwarna kelabu itu duduk di barisan hadapan.

Mereka dilihat melakukan tarian pelik seperti menggerakkan kedua-dua tangan dan menggerakkan badan dengan lemah-gemalai.

Bahkan, tarian itu dilakukan sambil mengikut rentak selawat yang dimainkan.

Rakaman itu mencatatkan lebih 265,100 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.

“Lebih baik tidur, dapat pahala,” sindir seorang netizen.

“Niat mereka untuk berselawat tetapi timbul syahwat,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*