Niat baik makan diri, penasihat kewangan meringkuk dalam penjara

Niat baik makan diri, penasihat kewangan meringkuk dalam penjara.  Penasihat kewangan swasta Zulkifli Shafie melalui pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila rasa tidak sampai hati untuk membantu rakan yang merayu bantuan wang, akhirnya termakan diri sendiri.

Seorang rakan yang lama menghilang meminta wang daripadanya atas alasan mahu digunakan untuk memberi makan kepada anak isterinya.

Namun sebaliknya tindakan itu mengakibatkannya meringkuk dua tahun dalam penjara apabila rakan itu – bekas pemuzik kumpulan Ukays Akel Zainal – sebenarnya anggota militan.

Zulkifli berkata dia tidak mungkin dapat melupakan saat polis berpakaian preman menahannya di depan sebuah bank di Putrajaya pada Oktober 2018, sebelum membawanya menaiki van pulang ke rumah di mana mereka menyelongkar mencari bahan bukti.

Lebih teruk lagi apabila dia kemudian ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), yang membenarkan polis menahannya sehingga 28 hari.

Zulkifli berkata isteri dan lapan anak mereka terkejut melihatnya dibawa pergi dalam keadaan bergari oleh anggota polis.

Ketika di rumahnya seorang anggota polis bertanya sama ada dia mengenali Akel. Zulkifli mengakui tidak berhubung dengan Akel sejak mereka belajar bersama di universiti, namun rakannya itu ada menghubunginya di media sosial.

Niat baik makan diri, penasihat kewangan meringkuk dalam penjara
Buku nota penjara Zulkifli Shafie menjadi catatan harian pengalamannya dalam tahanan.

“Akel berkata dia menghadapi masa sukar di Syria dan memerlukan wang untuk memberi makan kepada anak isterinya,” katanya kepada FMT, dengan menambah dia memang sentiasa menyimpan wang bagi membantu sesiapa yang memerlukannya.

“Adakah patut saya menyoal ideologi atau membuat pemeriksaan terhadap latar belakangnya? Saya memang tidak pernah terfikir berbuat demikian sekiranya membantu orang yang memerlukan.”

Menurutnya, hakikat bahawa Akel berada di Syria tidak menimbulkan sebarang rasa sangsi kerana dia biasa mendengar mengenai selebriti yang pergi ke negara itu untuk membantu mangsa perang. Susulan itu, dia langsung tidak was-was apabila membuat pemindahan wang kepada Akel pada Februari 2017.

Niat baik makan diri, penasihat kewangan meringkuk dalam penjara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*