Begitulah nasib seorang suri rumah berusia 51 tahun, yang maut akibat dirempuh dan diseret kereta api sejauh 200 meter selepas enjin motosikalnya mati secara tiba-tiba ketika hendak melintasi landasan di persimpangan Desa Brohol, Sei Suka di Indonesia.
Lebih menyayat hati apabila rempuhan tersebut mengakibatkan badannya terputus dua manakala cebisan daging berselerakan ketika proses membawa mayatnya keluar.
Ketua Unit Trafik Polis Batu Bara Inspektor Andi Krismanto Barus berkata, semasa kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Milawati dipercayai cuba menyeberangi persimpangan rel kereta api dari jalan akses ke arah kampung Brohol.
Menurutnya, mangsa disyaki tidak mengendahkan laluan dari kiri dan kanan ketika enjin motosikalnya mati secara tiba-tiba di tengah landasan.
Katanya lagi, akibat kecuaian, mangsa tidak sempat menyelamatkan diri sebelum dirempuh dan diseret kereta api sejauh 200 meter.
Tambah Andi, mayat mangsa telah diserahkan kepada keluargaya untuk urusan pengebumian.
Turut baca :
Leave a Reply