Seorang pengunjung di Suria KLCC, Kuala Lumpur, maut dipercayai terjatuh dari tingkat atas pusat beli-belah berkenaan, hari ini.
Perkara itu disahkan pihak Suria KLCC dalam satu kenyataan, semalam.
“Pihak pengurusan Suria KLCC dukacita memaklumkan yang berlaku insiden malang di Suria KLCC petang tadi mengakibatkan seorang pengunjung terjatuh dari tingkat atas.
“Dukacita juga dimaklumkan individu terbabit telah meninggal dunia,” kata kenyataan itu.
Pihak Suria KLCC turut menyatakan yang mereka bersedia memberi kerjasama penuh membantu pihak berkuasa dalam siasatan kes terbabit.
Dalam pada itu, pihak Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi mengesahkan kejadian itu dan menjelaskan siasatan lanjut akan dilakukan.
Leave a Reply