Netizen hentam Che Ta di IG – ‘Ingatkan kaya sangat, rupanya penuh hutang’

SELEPAS barangan rumah disita Majlis Amanah Rakyat (Mara) susulan tunggakan hutang mencecah hampir RM1 juta, Instagram pelakon Rozita Che Wan diserang netizen.

Perkara tersebut berlaku selepas rumah Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta diserbu sekumpulan pegawai daripada agensi terbabit pagi semalam.

Sebilangan besar netizen memarahi ibu kepada tiga anak itu yang didakwa liat melunaskan bayaran hutang.

“Ada hutang tak bayar? Ingatkan kaya sangat rupa-rupanya penuh hutang,” kata netizen.

“Betulkah barang rumah kena sita?,” soal peminat.

“Acah-acah tenang ke?,” tanya pengikut.

Bagaimanapun, masih ramai pengikut laman sosial memberikan sokongan buat isteri kepada pelakon Zain Saidin itu.

“Masing-masing seronok hadir macam tak pernah ada hutang. Maksum dan yakin tiada ujian hidup,” sindir seorang peminat.

“Tenang Che Ta, semua orang pernah buat salah. Mana ada hidup sempurna tanpa hutang,” tutur pengikut lain.

“Jangan komen apa-apa. Ini ujian dia, ujian kita belum tahu lagi,” jelas netizen.

Dalam masa sama, Che Ta pula dilihat seolah-olah tidak menyedari orang ramai mengutuk dirinya apabila memberikan ucapan hari jadi kepada anak keduanya, Aniq Ezzra.

Dia turut memuat naik gambar juadah makanan seperti sambal udang, siakap masak sweet sour, sayur goreng dan telur dadar yang dipercayai hidangan tengah harinya.

Pagi semalam juga, serbuan dilakukan pihak Mara ke kediaman pelakon drama Kiah Pekasam itu di Kota Damansara kerana tidak membayar hutang pinjaman dari agensi terbabit berjumlah hampir RM1 juta.

Pihak peguam telah menyerahkan writ terbabit hari ini berikutan tiada maklum balas serta kerjasama selebriti itu sebelum ini.

Begitupun, Che Ta dan suaminya tiada di rumah ketika tindakan mahkamah itu dikenakan terhadapnya.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*