
Seorang warga emas berusia 63 tahun tular selepas melangsungkan perkahwinan dengan lelaki berumur 39 tahun, lapor portal berita NTV News semalam.
Perbezaan usia kira-kira 24 tahun tidak menghalang pasangan dari Indonesia itu untuk mendirikan rumah tangga.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @soloposofficial memaparkan pasangan pengantin duduk di hadapan wali semasa akad nikah.
Wanita itu bersorak sambil bertepuk tangan selepas calon suaminya melafazkan akad dengan sempurna.
Rakaman itu mencatatkan lebih 493,400 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Untung nenek, saya yang muda masih tidak laku,” kata seorang netizen.
“Saya kalah dengan nenek,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
Baca juga :
Berang diberi mi segera terlalu sedikit, mangsa banjir tampar ketua kampung
Leave a Reply