Satu tinjauan pendapat terbaharu menyenaraikan New York sebagai bandar kedua paling kotor di dunia, antaranya berpunca daripada kehadiran tikus secara berleluasa dan timbunan sampah berbau busuk, lapor akhbar New York Post kelmarin.
Bandar Gotham di negeri Illinois menduduki tempat ketiga, manakala ibu kota Itali, Rom menduduki tempat pertama sekali gus bandar paling kotor di Planet Bumi.
Pendedahan tersebut dibuat menerusi tinjauan oleh majalah Time Out dan melibatkan lebih 27,000 responden di seluruh dunia.
Sikap pengotor penduduk New York membuang sampah di kaki-kaki lima jalan mengundang kepada pembiakan tikus yang tidak terkawal.
Situasi itu menyumbang kepada reputasi buruk New York yang terkenal dengan jolokan bermaksud ‘Bandar Yang Tidak Pernah Bersih’.
Turut baca
- Kantoi !!! Lelaki pura-pura lihat barang kemas sebelum samun berjaya ditahan
- “Mulut lancang…” ‘Geram’ kakak asyik perlekeh gaji tapi lepas tangan jaga mak ayah
- Anwar tolak jadi PM selepas diminta tutup kes mahkamah
Pada April lalu, Datuk Bandar New York, Eric Adams mengumumkan akan meletakkan tong-tong sampah besar baharu di kesemua lima daerah di New York bagi menangani masalah longgokan sampah.
Inisiatif itu dilakukan selepas longgokan sampah menarik kehadiran lalat serta kutu selain bau sampah meloyakan dan diburukkan lagi oleh cuaca melampau semasa musim panas.
New York turut membelanjakan sebanyak AS$11 juta (RM48.9 juta) untuk membeli kenderaan penyapu jalan baharu yang sesuai dengan ruang kecil seperti lorong basikal untuk mengurangkan sampah sarap di bandar raya itu dengan lebih berkesan.
Dalam pada itu, kaji selidik sama turut menyenaraikan ibu negara Sweden, Stockholm yang mempunyai populasi kira-kira satu perlapan daripada penduduk New York atau bersamaan sejuta orang, sebagai bandar paling bersih di dunia diikuti oleh Dubai dan Abu Dhabi di Emiriyah Arab Bersatu.
Leave a Reply