SEJAK kebelakangan ini, banyak kisah mengenai ‘penyondol’ rumah tangga dikongsikan di media sosial.
Tidak dinafikan, ramai yang terjebak dengan cinta suami orang dengan memberi alasan bahawa ia adalah takdir yang sudah tertulis.
Berlainan pula dengan kisah dikongsikan wanita ini mengenai percintaannya dengan suami orang, namun yang berakhir dengan perkara tidak diduga.
Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu, dia sama sekali tidak mengetahui bekas kekasihnya sudah beristeri ketika mereka bercinta kerana lelaki tersebut mengakui masih bujang.
“Masalah berlaku apabila dia kantoi dan dia ingin putuskan hubungan. Kami bertengkar dan saya terpatahkan visor pintu kereta dia.
“Dia terus buat laporan polis ke atas saya dengan kesalahan rosakkan harta benda dan ganggu ketenteraman.
“Pihak polis nasihatkan untuk tarik balik laporan dengan syarat saya tidak boleh menghubungi dia dalam apa cara sekali pun,” luah wanita berusia 31 tahun itu.
Bagaimanapun menurut wanita berkenaan, masalah bertambah rumit apabila dia mengaku ‘ditebuk tupai’ atau terlanjur dengan bekas kekasihnya itu hingga disahkan hamil.
Wanita tersebut mengakui dia kini buntu kerana tidak mahu bekas kekasihnya lepas tangan, namun dalam masa yang sama bimbang berdepan dengan tindakan undang-undang.
“Sekarang saya dapati saya mengandung. Bagaimana cara untuk saya hubungi dia beritahu tentang kandungan.
“Saya ingin dia bertanggungjawab. Dia dah block saya di semua tempat. Saya takut dia buat laporan (polis) lagi,” luahnya.
Menjengah ruangan komen, warga maya memberikan reaksi yang pelbagai namun rata-ratanya menyalahkan wanita berkenaan kerana terlalu ‘murah’ dan mudah menyerahkan maruah kepada lelaki.
“Semudah itu awak bagi, semudah itu juga lelaki akan tinggal. Nauzubillah. Taubatlah dan bina hidup baru dengan zuriat awak.
“Tak kisahlah bujang ke, laki orang atau duda, perempuan tolonglah jangan sampai gadai body.
“Nak report polis pun bukan polis boleh paksa seret laki tu kahwin dengan awak. Nak charge rogol pun, suka sama suka… masing-masing dah tua bangka.
“Apabila berkawan memang wajib bagi ke mahkota kita?,” demikian reaksi sebahagian warga maya.
Namun begitu, ada yang menyarankan wanita berkenaan membuat pemeriksaan atau mendapatkan bantuan sokongan daripada pihak yang berkaitan.
“Dah mengandung, sila pergi buat check-up. Buka buku pink, saring kesihatan, buat ujian HIV. Takut dapat kombo ‘hadiah’ daripada jantan tu.
“Daftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat berhubung kandungan untuk proses yang lebih baik,” demikian antara komen netizen.
Turut baca :
Leave a Reply