Nama ‘tercemar’ lepas pendedahan anak, bapa buat laporan polis

Nama ‘tercemar’ lepas pendedahan anak, bapa buat laporan polis.  Ekoran tular pelbagai kontroversi liar berhubung dirinya, bapa kepada artis remaja bernama Puteri Balqis dimaklumkan telah membuat laporan polis.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, lelaki berkenaan membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan berkenaan di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah pada Ahad.

Bagaimanapun, beliau berkata, Polis Kuala Lumpur belum menerima sebarang laporan polis daripada pelakon remaja terbabit atau daripada mana-mana pihak berkaitan perkara itu

“Setakat ini, tiada laporan diterima berkaitan perkara itu.” -Azmi Abu Kassim

Terdahulu, pelakon berusia 15 tahun menjadi tetamu jemputan dalam satu program ‘broadcast’ di YouTube bagi berkongsi mengenai kisah hidupnya, baru-baru ini

Pelakon terbabit mendedahkan sikap buruk bapanya selain memperlakukan ibunya dengan teruk.

Nama 'tercemar' lepas pendedahan anak, bapa buat laporan polis

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*