KASIH seorang ibu sememangnya tiada tandingan dan dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup, seorang ibu sentiasa meletakkan keselamatan dan kebajikan anak sebagai keutamaan utama.
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan kepantasan seorang wanita menyelamatkan bayinya yang sedang tidur dalam buaian daripada ular sawa gergasi yang menceroboh rumah mereka.
Walaupun kejadian itu berlaku di Vietnam pada tiga tahun lalu namun ia masih lagi menjadi bualan dalam kalangan warga maya apabila rakaman CCTV itu kembali tular di media sosial sejak Rabu.
Manakan tidak, bukan semua orang mempunyai keberanian seperti wanita terbabit.
Mengimbau kembali insiden yang berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV), pada waktu kejadian wanita tersebut sedang cuba menidurkan anaknya di atas buaian.
Tanpa diduga, mereka didatangi ‘tetamu’ tidak diundang dan lebih mencemaskan lagi ular itu muncul secara senyap melalui pintu hadapan rumah.
Kemunculan ular itu hanya disedari wanita terbabit selepas ketika haiwan itu sudah menghampiri buaian.
Dia kemudiannya terus bertindak membawa anaknya ke tempat yang lebih selamat.
Walaupun sudah lama berlaku namun, kisah wanita Vietnam ini adalah cerminan kasih seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja demi keselamatan anaknya.
Turut baca :
Leave a Reply