“Nak menangis lihat bayi comot, tidak berselimut.. Wanita kongsi cerita tiga beranak tumpang berteduh di stesen LRT selepas dihalau suami

SAYU seorang ibu bersama dua anak kecil menumpang berteduh di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa, Kuala Lumpur gara-gara dihalau oleh suami.

Kisah itu dikongsikan oleh seorang wanita menerusi satu hantaran di Facebook selepas dia dan suami secara tidak sengaja bertemu dengan tiga beranak tersebut pada Sabtu.

Dalam postingnya yang tular itu, dia turut berkongsi foto seorang budak lelaki dalam keadaan buntu menjaga adiknya yang masih bayi sedang tidur di atas bangku di stesen LRT berkenaan.

“Kami anak-beranak nak ke KLCC dan jumpa budak lelaki ni di LRT Setiawangsa. Suami dekatinya, rupa-rupanya ada bayi usia dalam usia sebulan lebih.

“Bayi tu baring atas bangku keras sambil hisap botol susu dan kelihatan abangnya tak tahu macam mana nak jaga adiknya.

“Saya ajar dia macam mana nak pegang botol susu dan ya, dia cuba sehabis baik. Nak menangis rasa lihat bayi ini dalam keadaan comot dan tidak berselimut,” ujarnya.

Ibu kepada dua anak kecil tersebut tidak berada di situ sewaktu mula-mula dihampiri oleh wanita itu dan suaminya.

Apabila ditanya tentang keberadaan ibunya, budak lelaki berkenaan memberitahu emaknya keluar membeli barang dan mereka bertiga dihalau keluar rumah oleh si bapa.

“Rupanya mereka tiga beranak kena halau keluar oleh si ayah. Budak lelaki tu dah berhenti sekolah (di kawasan Keramat).

“Ditanya lapar atau tidak, dia geleng dan jawab ‘dah makan tadi’, namun kemudiannya bersuara perlahan, ‘saya lapar’ jadi saya belikan dia roti dan minuman,” kongsinya.

Selepas 20 minit menunggu, ibu kanak-kanak tersebut muncul dalam keadaan berpakaian lusuh dan mempunyai luka kehitaman pada tangannya.

“Rupanya mereka dihalau keluar dari rumah. Ibu itu dah sering dipukul suami dan ibu mentuanya. Tiga beranak ni seharian duduk di tangga LRT buntu tak cukup duit nak naik teksi.

“Bila hari makin panas, mereka beralih masuk ke dalam. Ibu itu buat keputusan untuk balik ke kampungnya di Kedah. Dengan berat hati, kami tinggalkan mereka dalam jagaan staf di LRT berkenaan.

“Cukupkah duit mereka untuk ke Kedah? Selamatkah perjalanan mereka? Yang paling penting, stabilkah emosi sang ibu? Moga Allah permudahkan urusan mereka walau di mana mereka berada dan moga Allah balas perbuatan mereka yang culas dalam menjalankan tanggungjawab,” ujarnya.

Postingnya itu tular dan meraih perhatian ramai warganet yang bersimpati dengan nasib malang keluarga itu.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka ramai pengguna di media sosial mahu membantunya dengan meminta butiran keluarga tersebut.

Namun, satu perkara yang mengejutkan dirinya apabila terdapat pihak cuba mengambil kesempatan atas kisah kesempitan tiga beranak itu.

“Kami bantu sebab kasihan melihat anak kecil dan bimbang keselamatan mereka. Tidak sangka ada pula yang viralkan tu siap buat promosi barang katanya hasil jualan akan didermakan kepada keluarga kecil itu.

"Nak menangis lihat bayi comot, tidak berselimut.. Wanita kongsi cerita tiga beranak tumpang berteduh di stesen LRT selepas dihalau suami
Hantaran balas wanita ini susulan postingnya yang tular.

“Fikir logik, macam mana awak nak salurkan duit sedangkan nombor untuk hubungi mereka pun tak ada. Kami tidak bertanggungjawab dan tidak ada kena mengena atas apa-apa sumbangan pihak ini usahakan.

“Terima kasih atas niat baik yang kalian tunjukkan dengan kongsikan hantaran saya dan ada yang tawarkan nak sediakan tempat tinggal untuk mereka. Kami tinggalkan mereka di bawah seliaan staf LRT Setiawangsa dan itu adalah kali terakhir kami nampak kelibat mereka,” jelasnya.

Tegas wanita itu lagi, dia hanya berkongsi mengenai keluarga tersebut sebagai pengajaran kepada orang ramai.

Malah, kisah dihalau keluar rumah oleh bapa itu dikongsikan di media sosial berdasarkan apa yang diceritakan sendiri oleh wanita berkenaan dan anak lelakinya.

Posting asal kisah ini juga sudah dipadam namun dikongsikan semula oleh beberapa platform media sosial lain.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*