Nak buka baju, seluar sendiri pun minta bantuan… Lelaki kudung dua tangan ‘hairan’ dituduh rogol pelajar

SEORANG pemuda orang kurang upaya (OKU) yang tidak mempunyai tangan kiri dan kanan dituduh atas kesalahan merogol pelajar perempuan dalam kejadian di sebuah rumah inap (homestay).

Perkara itu dinyatakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah di Wilayah Nusa Tenggara Barat (NTB), Indonesia.

Suspek yang dikenali sebagai Agus bagaimanapun menafikan tuduhan itu dengan menyatakan adalah mustahil bagi individu sepertinya yang tidak mempunyai kedua-dua belah tangan untuk melakukan perbuatan tercela itu terhadap mangsa.

“Dengan keadaan saya seperti ini, bagaimana saya boleh melakukan keganasan seksual atau rogol.

“Saya malah tidak boleh menanggalkan seluar dan baju saya (sendiri),” kata Agus.

Bagaimanapun pihak polis mendedahkan fakta mengejutkan bagi kes berkenaan hingga mendorong mereka menamakan Agus sebagai suspek.

“Dia menanggalkan pakaiannya termasuk memaksa mangsa membuka kakinya. Agus menggunakan kedua belah kakinya untuk melakukan perbuatan tercela ini,” ujar polis.

Menurut kenyataan polis, Agus membawa mangsa ke sebuah homestay yang terletak di Kota Mataram sebelum merogol wanita itu dalam kejadian 7 Oktober lalu.

Ekoran tuduhan rogol itu, Agus dituduh sebagai suspek dan didakwa mengikut Undang-undang Jenayah Keganasan Seksual (TPKS). -Agensi

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*