Nahas UiTM Dungun: Wanita sebabkan kematian direman

Wanita dipercayai pesakit mental yang merempuh dua motosikal sehingga menyebabkan kematian tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, semalam direman empat hari.

Perintah tahanan reman terhadap wanita berusia 49 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Amira Fatihah Osman, selepas menerima permohonan polis di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, hari ini.

Suspek yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV ketika kejadian disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Wan Rukman Wan Hassan berkata, dalam kemalangan itu, pemandu berkenaan disyaki merempuh dua motosikal yang ditunggang empat penuntut yang dalam perjalanan pulang ke kampus.

Kejadian berlaku di laluan berhadapan kampus dekat Kampung Sura Hujung, Dungun.

Mangsa maut adalah Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anwar Jamaludin masing-masing berusia 20 tahun dan Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, manakala seorang lagi mangsa, Muhammad Ammar Danish Mohd Ridhuan, 20, parah.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*