Nahas Azerbaijan Airlines: Penumpang ucap kalimah syahadah sebelum pesawat terhempas

Sebuah video dirakam seorang penumpang penerbangan Azerbaijan Airlines menunjukkan detik cemas sebelum pesawat itu terhempas dan terbakar dekat Aktau, Kazakhstan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Dalam video tular tersebut, seorang penumpang lelaki dilihat berdoa, beristighfar dan mengucapkan kalimah syahadah berkali-kali.

Kekecohan turut didengari dari dalam pesawat, dengan keadaan topeng oksigen tergantung di setiap tempat duduk.

Menurut beberapa laporan, penumpang berkenaan ialah antara yang terselamat dalam nahas tersebut dan kini sedang dirawat di hospital.

Sebuah lagi video menunjukkan penyelamat mencari mangsa yang terselamat dalam nahas tersebut.

Kekecohan berlaku apabila penyelamat masuk ke bahagian belakang pesawat yang terputus, di mana beberapa mangsa dilihat terbaring di atas tanah. Ada antara mereka yang ditemui masih hidup.

Seorang wanita yang terperangkap menjerit kepada penyelamat: “Tolong saya!”

Seorang anggota bomba kemudian bertanya kepadanya sama ada dia memerlukan bantuan untuk bangun.

Penumpang tersebut menjawab bahawa dia perlu diangkat keluar dari serpihan.

Seramai 29 orang terselamat selepas pesawat Embraer 190 tersebut terbakar ketika ia terhempas berhampiran bandar Aktau di Kazakhstan.

“Penerbangan itu membawa 62 penumpang dan lima anak kapal, dengan 38 terbunuh dalam nahas tersebut,” kata Timbalan Perdana Menteri Kazakhstan, Kanat Bozumbayev.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*