Musim durian tiba lagi! Elak ‘mabuk’ & keracunan, ini perkara yang anda tak boleh ambil lepas makan durian

Durian merupakan buah kegemaran ramai rakyat Malaysia, ada yang makan sampai tak ingat dunia kerana nikmatnya hanya penggemar tegar saja yang tahu

Namun begitu, anda perlu tahu bahawa durian tidak boleh digabungkan dengan beberapa jenis makanan dan minuman kerana akan menyebabkan mabuk atau keracunan ringan.

Baru-baru ini, doktor pakar perubatan swasta, Dr Ahmad Samhan berkongsi di Threads mengenai beberapa jenis makanan dan minuman yang perlu dielakkan selepas makan durian.

Musim durian tiba lagi! Elak 'mabuk' & keracunan, ini perkara yang anda tak boleh ambil lepas makan durian

Elak minum kopi lepas makan durian

Menurut laporan Kosmo!, durian mengandungi sulfur dan tinggi karbohidrat, manakala kopi mempunyai kafein yang boleh menyebabkan dehidrasi.

Gabungan durian dan kopi boleh menyebabkan tindak balas yang tidak baik kepada badan manusia termasuklah risiko mabuk serta keracunan ringan.

Menurut Dr Ahmad Samhan pula, selain kopi, elakkan juga mengambil minuman beralkohol, berkarbonat, produk tenusu, makanan berminyak, pedas serta tinggi protein selepas anda ‘pulun’ makan durian.

Musim durian tiba lagi! Elak 'mabuk' & keracunan, ini perkara yang anda tak boleh ambil lepas makan durian

“Jangan gabungkan makanan atau minuman yang boleh beri tekanan berlebihan kepada badan. Selepas makan durian, tunggu sekurang-kurangnya empat hingga enam jam sebelum minum kopi.

“Rehatkan badan, minum banyak air kosong untuk bantu singkirkan toksin dalam badan serta makan makanan ringan yang mudah hadam. Jika keadaan tidak bertambah baik, pergi ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*