“Mujur disedari ibu…” Hempas murid hingga patah kaki, guru KAFA ditahan reman

Sejak semalam, tular di media sosial beberapa keping gambar menyaksikan keadaan seorang kanak-kanak terbaring dalam keadaan kakinya bersimen.

Khabar memaklumkan dia dihempas seorang guru lelaki disekolahnya.

Ekoran kejadian tersebut, polis telah menahan reman guru terbabit selama tiga hari berhubung kejadian menimpa seorang murid berusia sembilan tahun.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Rabiatul Adawiyyah Che Khalid terhadap lelaki berusia 37 tahun itu mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Suspek ditahan pada pagi Jumaat, selepas mangsa mendakwa dihempas suspek hingga mengalami patah kaki dalam kejadian di sekolah di Daerah Marang pada 6 Julai lalu.

Kejadian menimpa mangsa disedari ibunya, kira-kira jam 5 petang pada hari sama selepas anaknya mengadu kaki sakit.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*