Misteri suara wanita mengilai yang sering didengari dari arah masjid oleh penduduk Kampung Cikampek Timur, Mukim Cikampek, Daerah Karawang akhirnya terbongkar apabila seorang wanita ditemukan sedang berbaring di bumbung masjid itu.
Tribun News melaporkan, Pegawai Sosial Masyarakat Kampung Cikampek Timur, Endah Oktaeni, mengesahkan pihaknya sudah memindahkan wanita disyaki mengalami gangguan mental atau kecelaruan jiwa (ODGJ) itu ke pusat kesihatan untuk menjalani rawatan.
Beliau berkata, wanita itu ditemui selepas masyarakat setempat melakukan pemeriksaan apabila mendengar suara hilai tawa ‘hantu’ dari atas bumbung masjid.
“Susulan aduan dibuat penduduk, pencarian dan pemeriksaan segera dilakukan untuk mencari punca suara mengilai yang menghantui masyarakat setempat.
“Ternyata suara wanita ketawa termasuk di malam hari bukanlah hantu. Ketawa seorang wanita itu benar-benar suara manusia.
“Bunyi itu datang dari atas bumbung masjid dan setelah diperiksa, ternyata terdapat seorang wanita berbaring di situ,” katanya.
Menurutnya, wanita itu kemudiannya dimandi dan dibersihkan sebelum dihantar ke pusat kesihatan dengan bantuan Unit Polis Daerah Pamong Praja.
Seorang penduduk, Aah Supriadi berkata mereka turut membantu wanita disyaki menghidap penyakit ODGJ dari bumbung masjid dan memastikannya mendapat rawatan sewajarnya.
“Penduduk memang menyangka (suara) itu adalah hantu. Sebabnya, penduduk sering mendengar bunyi gelak ketawa terutamanya di tengah malam. Kini semuanya sudah jelas,” katanya.
Turut baca :
Leave a Reply