“Minta tolong carikan segera…” Gadis bernazar kahwin tahun ini jika Anwar jadi PM

“Minta tolong carikan segera…” Gadis bernazar kahwin tahun ini jika Anwar jadi PM. Pelbagai kerenah penyokong politik dapat dilihat sejak bermulanya kempen untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini.

Pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 telah disambut dengan begitu gembira oleh para penyokong Pakatan Harapan (PH) selepas 5 hari siapakah perdana menteri negara menjadi tanda tanya ekoran tiada pihak yang memiliki kerusi parlimen majoriti.

Disebabkan itu, warganet yang pernah berniat dan benazar jika Anwar diangkat menjadi PM telah memulakan langkah mereka untuk menunaikan semua perkara yang telah mereka ucapkan.

Antaranya adalah nazar seorang gadis dimana dia memaklumkan akan berkahwin pada tahun ini andai Anwar menjadi perdana menteri Malaysia.

Menerusi perkongsian tersebut, wanita yang berusia 25 tahun itu mengakui begitu gembira dengan pelantikan Anwar dan akan segera menunaikan nazarnya.

Dia telah memuat naik satu ciapan meminta bantuan orang ramai untuk mencarikan jodoh untuknya memandangkan pernah berjanji ingin berkahwin pada tahun ini juga.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada warganet. Ada di antara mereka menasihati supaya gadis tersebut berfikir terlebih dahulu ketika membuat keputusan kerana tahun ini hanya tinggal sebulan sahaja.

Ada juga yang menyelar tindakannya membuat nazar sehingga boleh menjerat diri kerana ia melibatkan percaturan dalam kehidupan.

Apa-apa pun kita doakan supaya gadis tersebut segera memperoleh jodoh yang terbaik memandangkan dia memang begitu nekad untuk berkahwin juga pada tahun ini.

Semoga urusan dipermudah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*