Minta rasuah RM12,000 tutup kes rogol, pegawai penguat kuasa dicekup

PETALING JAYA: Pegawai penguat kuasa dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000 untuk menutup satu kes rogol.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira 10 pagi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang.

Suspek dipercayai melakukan kesalahan itu sekitar 2019 dan menerima rasuah daripada seorang individu sebagai balasan untuk menutup satu kes rogol, katanya menurut Bernama.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang Mohd Fuad Bee Basrah mengesahkan penahanan itu dan lelaki terbabit akan dibawa ke mahkamah Perlis, hari ini untuk didakwa.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*