Miliki bahan porno kanak-kanak, penculik Albertine ditahan semula

Polis menahan semula seorang suspek penculikan kanak-kanak perempuan Albertine Leo Jia Hui, hari ini, susulan penemuan  antaranya bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di kediamannya.

Ketua Polis Johor M Kumar berkata pihaknya turut menemui pelbagai alat mainan seks dan pornografi dewasa di rumahnya di Kulai.

Miliki bahan porno kanak-kanak, penculik Albertine ditahan semula
Ketua Polis Johor M Kumar

“Polis Johor sahkan membuat tangkapan semula ke atas suspek lelaki tempatan yang sebelum ini ditahan berhubung kejadian culik di kawasan Eco Galeria, Iskandar Puteri, pada 20 Julai lalu.

Siasatan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 kerana mengakses atau memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan lucah, katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata suspek dijangka dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan perintah reman.

Miliki bahan porno kanak-kanak, penculik Albertine ditahan semula
Albertine Leo

Sebelum ini, tempoh reman suspek selama 13 hari bagi siasatan kes penculikan itu tamat hari ini dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis.

Lelaki itu adalah suspek kelima kes penculikan Albertine Leo yang ditahan kira-kira 4.45 pagi, 23 Julai, di sebuah hotel murah dekat Batang Kali, Selangor, ketika polis menyelamatkan kanak-kanak berusia enam tahun itu.

Suspek direman tujuh hari sebelum disambung enam hari lagi bagi siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Empat suspek lain berusia 28 hingga 55 tahun yang ditahan sebelum itu direman empat hari sehingga 26 Julai lalu, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*