“Mereka tak kenal saya” Nak panggil gangster pun tak apa – To’ki

“Mereka tak kenal saya” Nak panggil gangster pun tak apa”

Demikian luahan penyanyi dan komposer, To’ki selepas menerima kecaman dan persepsi negatif warganet yang melabelnya sebagai gangster.

Dedah To’ki, dia sudah terlibat dengan dunia gelap sejak usia belasan tahun yang ketika itu, tidak mengetahui apa-apa selain mahukan kebebasan daripada kongkongan jiwa remajanya.

“Bila terlibat kongsi gelap ini, memang tak ada jalan keluar. Tetapi saya tak buat kerja bukan-bukan. Apa yang berlaku tempoh hari juga kerana saya mempertahankan keluarga, mentua.

“Ada enam lelaki datang, takkan saya nak biar mereka apa-apakan ibu mentua saya yang sedang strok? Dayus ke saya? Saya takkan biarkan mereka halau kami begitu sahaja tanpa berbuat apa-apa.

“Saya cuma pegang saja (parang) untuk berjaga-jaga kerana tak tahu motif mereka datang beramai-ramai. Itu saja,”ujarnya.

Sebelum ini, tular mengenai kisah seorang penyanyi lelaki era 90-an yang didakwa bertindak mengeluarkan parang ketika pemilik rumah sewanya datang untuk berbincang.

Mengakui beberapa kali ditipu individu yang menggunakan karyanya untuk keuntungan peribadi, penyanyi Biasan itu berkata, dia tidak pernah berhutang walaupun tidak mempunyai wang.

“Saya paling jaga bab itu. Tak ada duit tak apa, tetapi jangan berhutang. Ada yang beli lagu, bayar saya RM500 sahaja. Tak apalah, saya tak mahu kejar atau paksa rezeki yang tidak tertulis untuk saya.

“Bantuan? Mana ada persatuan yang datang nak bagi bantuan. Boleh sahaja telefon saya tetapi tiada mana-mana pihak daripada persatuan yang ada hubungi saya,”ujarnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*