Menteri Sukan bertegas, sorakan 63,000 penonton punca Malaysia ditewaskan Bahrain

Menteri Sukan bertegas, sorakan 63,000 penonton punca Malaysia ditewaskan Bahrain.

Berikutan kekalahan Harimau Malaya dengan Bahrain dalam aksi kedua Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu lalu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tampil membuat sedikit kenyataan ketika ditemui media di Ulu Kinta.

Menteri Sukan bertegas, sorakan 63,000 penonton punca Malaysia ditewaskan Bahrain
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

Kata Faizal, dia tidak merasakan penjaga gol Harimau Malaya, Farizal Marlias sebagai punca jaring ‘team’ Malaysia bolos kepada Bahrain dengan keputusan 1-2 sehingga ke akhir perlawanan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Faizal Azumu (@faizalazumu)

Ujarnya, Farizal sememangnya berjasa menjalankan tugas sebagai penjaga gol negara dan telah mendedikasikan seluruh hidupnya kepada sukan dan pastinya dia tidak mahu gagal

Sementara itu, Faizal turut menegaskan bahawa faktor luaran seperti kehadiran 63,000 penonton di stadium ketika perlawanan berlangsung turut menjadi punca kerana ia boleh menyebabkan pemain negara hilang fokus.

Selain itu, dia turut memberitahu mengenai venue perlawanan yang dikekalkan iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil bagi perlawanan Malaysia menentang Bangladesh  meskipun terpalit sedikit kontroversi mengenai keadaan padang yang tidak berkualiti setelah dilimpahi air akibat hujan lebat tempoh hari.

Turut baca

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*