“Menitis air mata saya dibuatnya…” Tukang rumah solat tengah panas, pasangan non muslim segera belikan kanopi. Viral di media sosial Facebook baru-baru ini mengenai beberapa hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Wendy Gwen menerusi Instagram Stories miliknya yang telah menarik perhatian dan menyentuh hati orang ramai.
Menerusi hantaran tersebut, Wendy dan suaminya difahamkan sedang melakukan pembinaan kecil di belakang rumah mereka bagi menambahkan ruang.
Namun, wanita bukan beragama Islam itu tersentuh apabila melihat pekerja pembinaan yang bertugas telah menunaikan solat dengan beralaskan zink di tengah panas.
Dalam pada itu, dia terkilan dengan diri sendiri kerana tidak peka dengan keperluan pekerja pembinaan tersebut.
Sejurus itu, Wendy terus memaklumkan perkara tersebut kepada suaminya yang bertindak membelikan kanopi kecil serta tikar kecil bagi memudahkan urusan mereka untuk beribadah ketika bekerja.
Menurut Wendy, dia menganggap kejadian tersebut sebagai ‘teguran’ dari Tuhan untuk menguji tahap keimanan dirinya.
Tambahnya lagi, dia turut menitip pesanan buat orang ramai agar tidak menilai seseorang individu mengikut taraf sosial mereka dan setiap manusia perlu dilayan sama rata walaupun mereka kurang berkemampuan.
Turut baca
Leave a Reply