Mengejutkan! Bayi disahkan mati didengari menangis semasa upacara pengebumian

Mengejutkan! Bayi disahkan mati didengari menangis semasa upacara pengebumian.

Seorang bayi perempuan di India yang telah disahkan meninggal dunia oleh kakitangan hospital mengejutkan ahli keluarganya apabila dia didengari menangis semasa upacara pengebumian, lapor akhbar Daily Star semalam.

Mengejutkan! Bayi disahkan mati didengari menangis semasa upacara pengebumian
KUBUR bayi yang baru lahir itu digali dan didapati dia masih hidup

Dua kakitangan sebuah hospital di Banihal, telah digantung kerja selepas bayi berkenaan didapati sebenarnya masih hidup walaupun disahkan meninggal dunia dalam kandungan beberapa jam sebelum dilahirkan.

Bayi perempuan itu dilahirkan oleh wanita bernama Shamemma Begum pada Isnin lalu dan dengan serta-merta disahkan meninggal dunia oleh kakitangan perubatan.

Dua jam kemudian, jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan di kampung Hollan.

Bagaimanapun, penduduk tempatan bertindak mengadakan protes dan mengatakan bahawa bayi itu sepatutnya dikebumikan di sebuah tanah perkuburan nenek moyang.

Selepas sejam, keluarga tersebut menggali semula kubur bayi mereka lalu terkejut apabila dia didapati masih hidup dan menangis.

“Kami telah meletakkan dua kakitangan di bawah arahan penggantungan berkuat kuasa serta-merta sementara menunggu siasatan,” kata Pegawai Perubatan Blok Banihal (BMO), Dr. Rabia Khan.

Sementara itu, seorang ketua kampung setempat, Manzoor Alyas Wani mendakwa bahawa bayi itu telah diisytiharkan meninggal dunia tanpa mendapat rawatan perubatan yang sewajarnya.

Manzoor berkata, bayi itu telah dikejarkan semula ke hospital selepas didapati masih bernyawa.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*