Mahkamah Maijstret di sini menjatuhkan hukuman denda RM4,000 ke atas seorang pemandu lori atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap penyanyi terkenal, Baby Shima.
Hukuman itu dijatuhkan selepas tertuduh, Mel Maxpherson Munded, 35, mengaku bersalah di hadapan Majistret Oon Kork Chern pagi tadi.
Kok Chern turut mengarahkan tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda.
Bagaimanapun, Mel Maxpherson yang tidak diwakili peguam membayar denda tersebut dan dibebaskan.
Terdahulu dalam perbicaraan, tertuduh mengakui tidak sedar dengan tindakannya itu kerana berada di bawah pengaruh alkohol dan meminta hukuman diringankan kerana ini adalah kesalahan pertamanya.
Mel Maxpherson turut menjelaskan bahawa dirinya adalah seorang suami, bapa kepada seorang anak dan penjaga kepada ibunya yang sudah uzur.
Terdahulu, tertuduh ditahan pada 31 Disember lalu selepas melontarkan komen berbaur ugutan bunuh ke atas Baby Shima di Facebook pada 30 Disember.
Baca juga :
Leave a Reply