Menakutkan! Wanita jalan malam terakam kaki ‘bersusun’ di tepi tingkap

ILUSI optik boleh memberikan bayangan yang mengerikan pada mata manusia.

Begitulah kisahnya apabila tular video memaparkan pemandangan objek misteri kelihatan seperti kaki manusia yang bergantungan di tepi tingkap.

Menurut laporan media tempatan, video tersebut dirakam oleh seorang wanita dari Davao, Filipina yang hanya dikenali sebagai Rinka.

Jelas Rinka, dia pada awalnya sekadar merakam keadaan sekitar jalan raya ketika sedang bersiar-siar bersama beberapa rakannya pada waktu malam.

Namun tanpa disengajakan, dia merakam pemandangan yang kelihatan seperti lima pasang kaki manusia berjuntai di tepi tingkap sebuah bangunan.

“Menakutkan,” tulisnya pada ruangan kapsyen dalam hantaran video di platform TikTok.

Video tersebut menjadi tular sehingga menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang cuba berteka-teki apakah objek yang dirakam Rinka itu.

“Itu adalah langsir yang diikat di bahagian bawah. Kain langsir itu singkat dan ada beberapa helai.

“Ya, memang kelihatan seperti kaki manusia, mungkin kaki patung sahaja,” kata sebahagian pelayar.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*