Sejak semalam, kecoh khabar angin mengatakan rumahtangga penyanyi Noh Salleh dan Mizz Nina sedang berada dalam keadaan tidak baik.
Terkejut dengan perkara tersebut, Noh Salleh ketika ditemu bual beberapa orang wartawan dengan tenang tampil mengulas perkara tersebut.
Wartawan koyak ke tu? pic.twitter.com/WqCrcy9EO6
— FÈRD (@dauspozi) July 13, 2022
“Korang semua kena tipu ni, saya baru tahu pasal gosip ni…ada ya benda ni?”
Bagaimanapun, sesi temu bual itu menjadi dingin seketika apabila Noh sepertinya sedang memerli wartawan yang asyik mendesaknya mengulas kontroversi menimpa dirinya.
“Korang ni ketandusan cerita ke? Media kita ni kalau kita cerita pasal lagu, diaorang suka fokus cerita pasal peribadi.”
“Saya faham kelemahan media kita, suka fokus benda merepek daripada benda yang artis tu kerjakan…”
Tergamam dengan sindiran itu, kedengaran nada suara wartawan perempuan di sebalik kamera sepertinya tersinggung dengan respon itu.
Bagi mengakhiri sesi temu bual, Noh menegaskan bahawa dirinya keluar untuk menonjolkan karya dan seni, bukan menjual benda ‘viral’ untuk dikenali ramai.
Menyokong penuh kenyataan Noh, nampaknya warganet berpuas hati dengan cara penyanyi itu mendepani pihak media yang menurut mereka gemar menyentuh isu ‘dalam kain’.
Turut baca
Leave a Reply