MAYAT seorang wanita berusia 21 tahun ditemukan dalam bilik sewa yang berkunci dalam kejadian di Kampung Mannuruki, Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia.
Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tamalate, Iptu Rahman, mayat itu ditemukan oleh penduduk tempatan pada malam Ahad selepas terhidu bau busuk dari bilik mangsa.
Tambah Rahman, ketika ditemukan mayat berkenaan sudah membengkak dan mengeluarkan cecair, dipercayai telah meninggal dunia kira-kira empat hari sebelum dijumpai.
Polis mengesahkan mangsa dibunuh oleh suaminya sendiri dan suspek telah berjaya ditahan.
Siasatan awal mendapati motif pembunuhan berpunca daripada pergaduhan yang sering berlaku antara pasangan berkenaan.
Susulan itu, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut. -Agensi
Turut baca :
- {VIDEO} Nak tutup malu ditegur hisap rokok dalam restoran, lelaki tunjuk ganas, ajak gaduh
- ‘Selangor baru RM2… Seorang pengguna FB cetus kontroversi selepas mengeluh harga nasi bujang RM3 di Kelantan mahal
- {VIDEO} Pakai ilmu makrifat atau suntingan? Lelaki alih kereta ‘double park’ tanpa sentuh curi tumpuan
Leave a Reply