Mayat kedua mangsa lemas Pantai Batu Layar ditemukan celah batu

MAYAT seorang pekerja kedai jual peralatan sukan yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Batu Layar, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor ditemukan pagi Isnin.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai, Mohammad Saifulizam Mohd Rofi berkata, mayat Haqim Abdul Rahim Lee, 20, ditemukan tersangkut di celah batuan pantai berkenaan.

Menurutnya, pasukan penyelamat membuat pencarian lebih kurang dua kilometer (km) dari lokasi mangsa dipercayai hilang.

“Mangsa ditemui pada jarak satu kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat pada pukul 7.45 pagi.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Kota Tinggi bagi siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada Ahad, dua lelaki dikhuatiri lemas semasa mandi ketika berkelah di Pantai Batu Layar, Bandar Penawar kira-kira pukul 9.38 pagi.

Pada sebelah petang pula, mayat mangsa dikenali sebagai Muhammad Syahmie Zamzam, 26 ditemui pada pukul 3.19 petang, pada jarak 100 meter dari pantai Batu Layar.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*