‘Mayat hidup’ berhutang hampir RM500,000 akhirnya diri

‘Mayat hidup’ berhutang hampir RM500,000 akhirnya diri. Seorang lelaki yang sebelum ini memalsukan kematiannya kerana ingin melarikan diri daripada pengutip hutang dilaporkan sudah menyerah diri ke polis bersama isterinya.

Lelaki itu yang mendapat julukan ‘mayat hidup’ sudah merancang lama untuk memalsukan kematiannya dengan teliti.

Ketua Polis Bogor, Iman Imanuddin berkata, lelaki yang dikenali sebagai US, 40 tahun itu sudah merancang bagaimana untuk menempah ambulans, keranda sehinggalah saat dia dimasukkan ke dalam keranda dan keluar semula sebelum ‘dikebumikan’.

Katanya, selepas dikebumikan, US dan isterinya akan menghilangkan diri ke tempat lain dan muncul semula dalam tempoh terdekat menggunakan identiti lain.

“Lelaki itu mula terfikir untuk memalsukan kematiannya selepas terjerat dengan hutang berjumlah 1.5 bilion rupiah (RM436,706) di tempat kerjanya.

“Kerana tidak mampu melunaskan hutang itu dan berasa malu, lelaki tersebut merancang untuk memalsukan kematiannya bersama isteri dan seorang lagi saudaranya,” kata Iman seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Iman juga memberitahu, isteri lelaki itu pernah mengingatkannya supaya tidak mengambil langkah tersebut kerana dibimbangi mencetuskan kekecohan dalam masyarakat.

Namun, disebabkan mereka tidak mempunyai pilihan lain, memalsukan kematian merupakan langkah yang disifatkan terbaik.

Sementara itu, polis memaklumkan laporan lanjut mengenai lelaki tersebut akan disampaikan kepada umum dalam tempoh terdekat, sama ada dia dikenakan tindakan undang-undang atau sebaliknya.

Turut baca :

‘Mayat hidup’ berhutang hampir RM500,000 akhirnya diri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*