SEORANG remaja perempuan berusia 15 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Farlim, di George Town, Pulau Pinang kira-kira pukul 11.45 malam Ahad.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintenden, Lee Swee Sake yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi berkata, setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dalam insiden itu, namun siasatan lanjut masih dijalankan.
“Mayat remaja itu telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan proses bedah siasat akan dijalankan hari ini (Ahad),” katanya.
Remaja yang masih bersekolah itu dikatakan berada di rumah bersama teman lelakinya berumur 16 tahun dan kakak angkat perempuan berumur 20-an sebelum kejadian.
Kejadian juga dilaporkan, berlaku pertengkaran antara mangsa dan kekasihnya sebelum kejadian.
Baca juga :
Leave a Reply