Masuk campur urusan perkahwinan, pembantu peribadi cedera dikasari pelakon wanita

PEMBANTU peribadi kepada seorang pelakon wanita membuat laporan polis pada Rabu mendakwa dicederakan oleh selebriti terbabit.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, wanita berusia 28 tahun itu mendakwa diserang menggunakan senjata dan diugut dalam kejadian di sekitar Batu Caves, Selangor.

“Siasatan mendapati mangsa yang bekerja sebagai pembantu peribadi kepada seorang pelakon wanita warga tempatan itu dicederakan serta diugut menggunakan senjata oleh aktres yang berusia 32 tahun dan sepupunya, 30 tahun.

“Kejadian dipercayai berlaku berpunca kerana mangsa dikatakan mencampuri urusan rumah tangga suspek,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di muka dan lengan.

“Mangsa mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Selayang. Kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

“Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Shahreen Yasin di talian 0182475864,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*