“Masa kenal nampak sopan je…” Kakak terkilan adik jadi mangsa bunuh teman lelaki

“Masa kenal nampak sopan je…” Kakak terkilan adik jadi mangsa bunuh teman lelaki.  Meskipun bukan saudara kandung, namun khabar yang melaporkan adiknya maut dibunuh teman lelaki benar-benar membuatkan dia sebagai kakak terkejut.

Menurutnya yang hanya ingin dikenali sebagai Liza, dia menyedari kejadian itu ketika dihubungi ibu saudaranya kira-kira jam 9 malam.

“Mak saudara yang tinggal berhampiran memaklumkan ada kenderaan polis serta ambulans berada di hadapan rumah mereka.”

“Dia bertanyakan kepada polis dan ambulans tujuan datang ke sini sebelum dimaklumkan ada mangsa kes bunuh di rumah ini.” -Liza.

"Masa kenal nampak sopan je..." Kakak terkilan adik jadi mangsa bunuh teman lelaki

"Masa kenal nampak sopan je..." Kakak terkilan adik jadi mangsa bunuh teman lelaki

Mengulas tentang hubungan teman lelaki adiknya, Liza dedah pernah bertemu dengan lelaki terbabit pada Mac lalu.

“Arwah ada memperkenalkan lelaki itu kepada kami, namun dia tidak bercerita lanjut mengenai perkenalan mereka. Berdasarkan perkenalan itu, lelaki berkenaan nampak sopan percakapan serta tidak banyak cakap.”

“Meskipun arwah rapat dengan saya, namun dia tidak banyak menceritakan mengenai hubungan dengan teman lelakinya.”

“Tetapi baru-baru ini, arwah ada memaklumkan bahawa dia merancang untuk berkahwin dengan teman lelakinya tahun hadapan dan saya tidak nampak hubungan mereka bermasalah.”

"Masa kenal nampak sopan je..." Kakak terkilan adik jadi mangsa bunuh teman lelaki

Berkenaan hubungannya dengan arwah, Liza memberitahu bahawa adiknya itu adalah anak angkat yang dijaga oleh keluarganya sejak berusia tujuh hari.

“Dia adalah anak angkat dalam keluarga kami yang dijaga sejak berusia tujuh hari dan tinggal bersendirian di rumah ini sejak arwah ibu meninggal September tahun lalu.

“Saya ada mengajaknya tinggal bersama, namun dia menolak kerana sudah biasa tinggal di sana dan amat sayang dengan rumah ini,”

Rentetan peristiwa yang berlaku, Liza menyerahkan semuanya kepada pihak polis dan tidak menyalahkan mana-mana pihak berhubung kes tersebut.

Untuk makluman juga, difahamkan lelaki terbabit yang berusia 19 tahun bagaimanapun berjaya ditahan di tepi jalan berdekatan lokasi kejadian dan dipercayai dalam usaha untuk melarikan diri.

"Masa kenal nampak sopan je..." Kakak terkilan adik jadi mangsa bunuh teman lelaki

"Masa kenal nampak sopan je..." Kakak terkilan adik jadi mangsa bunuh teman lelaki

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*