“Mana mahu lari…” Rogol remaja tingkatan 4 dua kali di tempat letak kereta, sarjan polis akhirnya ditahan

“Mana mahu lari…” Rogol remaja tingkatan 4 dua kali di tempat letak kereta, sarjan polis akhirnya ditahan.

Seorang polis berpangkat sarjan yang didakwa merogol gadis berusia 16 tahun di Perak Tengah tahun lalu ditahan pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri, anggota itu ditahan reman di Balai Polis Perak Tengah sehingga Rabu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Kami akan menyiasat perkara itu secara telus bagi memastikan keadilan terhadap mangsa.

“Kami memanggil beberapa saksi untuk membantu menyelesaikan siasatan,” katanya dalam sidang media pada Isnin.

Terdahulu, menurut laporan, gadis itu mendakwa dirogol anggota polis berkenaan sebanyak dua kali pada Julai dan Oktober tahun lalu di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Parit.

Laporan polis dibuat pada 20 Januari.

Mohd Yusri berkata mereka yang disiasat juga akan diambil tindakan secara dalaman oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*