Alasan buat air tak cukup… tak masuk akal – Mak Cik kantin luah rasa kecewa, cikgu cuba ‘potong’ punca rezeki.
Seorang pengusaha kantin sekolah meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir guru sekolah yang cuba ‘mencaras’ punca rezeki mereka.
Menerusi sebuah hantaran oleh sahabat pengusaha terbabit yang dikenali sebagai Ayu Suhaili di aplikasi Facebook, pengusaha kantin tersebut terpaksa melayan karenah guru-guru di sebuah sekolah sejak hari pertama berniaga.
“Dari hari pertama buka kantin, mereka minta dengan kita (pengusaha kantin) untuk jual air juga dengan alasan kantin buat air tak cukup.
“Hari seterusnya, kita tambah lagi tiga balang air nak pastikan cukup tapi lepas itu, ‘complain’ air mahal. Okay sabar lagi, kita turunkan harga,” luahnya.
Menurut hantaran tersebut, dia melihat pelajar-pelajar sekolah terbabit membeli air kotak yang tidak dijual oleh pihak kantin.
Apabila melakukan soal selidik, dia mendapati air kotak tersebut telah dijual oleh seorang cikgu di bawah persatuan guru-guru dan kakitangan.
Dia masih boleh bersabar lagi kerana dia percaya kepada konsep rezeki di mana setiap manusia telah ditetapkan dengan rezeki masing-masing oleh Allah SWT tetapi kesabaran tersebut akhirnya ‘meletup’ apabila dia mendapati cikgu berniaga pada hari kokurikulum.
“Bila kita ambil gambar dan video, mereka mula marah dan tanya kenapa ambil video.
“Bila dah ‘cuak’ kita ambil video, baru mereka datang ke kantin cakap mereka dapat kebenaran dari guru besar untuk jual makanan pada hari Rabu sahaja,” katanya.
Jika cikgu mahu turut berniaga, mereka sepatutnya memberitahu kepada pengusaha kantin awal-awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan kerana pengusaha harus memikirkan tentang kos bahan, gaji pekerja dan kos utiliti.
Bukan itu sahaja, pengusaha kantin juga mempersoalkan sama ada guru tersebut mempunyai Sijil Kesihatan Suntikan Tifoid dan Sijil Kursus Pengendali Makanan.
Turut baca :
Leave a Reply