Main angguk saja sebab tak faham Inggeris, pelajar terkejut kena bayar RM44 beli kopi

Seorang pelajar terkejut kerana secara tidak sengaja memesan frappuccino dari sebuah rangkaian kedai kopi mewah sehingga terpaksa bayar RM44.10 segelas.

Dia berkongsi kesilapan itu di Facebook MMU Confessions dan pengakuan yang disediakan untuk pelajar universiti, mereka menyifatkan kesilapan itu sebagai perkara yang tidak boleh dilupakan.

“Saya tidak dapat memahami bahasa Inggeris kakitangan Starbucks, jadi saya hanya mengangguk. Pada akhirnya, kakitangan itu juga mentertawakan saya. Saya kesal,” kata pelajar itu.

Difahamkan, pelajar itu memesan minuman Belgium Chocolate Frappuccino bersaiz venti yang berharga RM21.50.

Namun, tanpa disedari harga topping yang ditambah iaitu karamel, serbuk biskut, dan krim vanila membuatkan dia terkejut.

Pelajar itu juga dikenakan bayaran RM1 untuk penyedut minuman yang boleh diguna semula. Selepas 6 peratus cukai perkhidmatan, dia terpaksa mengeluarkan RM44.10 untuk minuman itu yang dikatakan berlaku di Berjaya Times Square di sini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*