Mahyuddin turut jejak Najib diheret ke mahkamah pagi ini

Tan Sri Mahyuddin Yassin akan menjadi bekas Perdana Menteri kedua yang menurut jejak Datuk Seri Najib Razak diheret ke mahkamah.

Mahyuddin pagi ini bakal menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu juga berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Kes berprofil tinggi itu menyaksikan Mahyuddin, 75, akan hadir di Mahkamah Kuala Lumpur yang difahamkan berlangsung jam 9 pagi ini.

Malam tadi, Presiden Bersatu berkenaan keluar dari bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas lebih lapan jam memberi keterangan kepada pegawai penyiasat suruhanjaya itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*