Mahu mencari kerja, tapi lain pula yang jadi

Mahu mencari kerja, tapi lain pula yang jadi.

Begitulah nasib malang yang menimpa seorang pemuda berusia 22 tahun apabila diliwat oleh lelaki warga asing ketika mencari kerja di sebuah kedai perabot di Tanjung Minyak di Melaka, pada Selasa.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, mangsa mendakwa diliwat oleh suspek ketika datang untuk mencari kerja kosong di premis tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi.

Jelasnya, suspek kemudian meminta mangsa naik ke tingkat atas untuk berjumpa dengan pengurus premis.

“Namun mangsa mendapati tiada sesiapa di tingkat atas sebelum suspek menariknya ke dalam sebuah bilik dan meliwatnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Zainol berkata, mangsa cuba melepaskan diri tetapi suspek menahannya namun dia menjerit dan berjaya melarikan diri.

Tambahnya, mangsa melakukan pemeriksaan lanjut di hospital dan mendapati terdapat kesan koyakan pada dubur mangsa.

Menurut Zainol, seorang lelaki warga Pakistan ditahan kira-kira pukul 6.30 petang Selasa susulan laporan polis yang dibuat mangsa.

Susulan itu, suspek direman lima hari bermula Rabu oleh Mahkamah Majistret di Melaka bagi membantu siasatan.

Tambah beliau, hasil saringan ujian air kencing terhadap suspek mendapati negatif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan (KK) iaitu dengan sengaja melakukan persetubuhan di luar tabii.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*