
NEW DELHI – Sebuah gerai tepi jalan di India mengundang perhatian ramai kerana menjual minuman istimewa berupa ‘teh tarik’ dibancuh bersama mi segera Maggi, lapor portal berita News 18 semalam.
Minuman itu dinamakan ‘Maggi Chai’.
Rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @bhukkad_bagh memaparkan seorang penjual menuang teh susu ke dalam cawan.
Teh itu kemudian ditambah dengan mi Maggi yang sudah direbus seterusnya digaul bersama perencah.
Rakaman itu mencatatkan lebih 5 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Bukan cari keadilan buat Maggi, tetapi keadilan buat ‘chai’!” kata seorang netizen.
“Jangan jadi bodoh!” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
Baca juga :
Leave a Reply