Madinah dilanda banjir teruk, sekolah & jalan ditutup, seorang lelaki korban, amaran merah dikeluarkan

BANJIR akibat hujan lebat melanda di utara Arab Saudi pada Isnin, hingga memaksa jalan-jalan ditutup dan sesi persekolahan dibatalkan.

Menerusi rakaman video dikongsikan di media sosial, menunjukkan kawasan yang terjejas turut melibatkan wilayah Al-Ula dan Madinah.

Bahkan, dapat dilihat air makin meningkat dan deras hingga menyebabkan kediaman rosak dan beberapa kenderaan hanyut.

Sementara itu, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) telah mengeluarkan amaran merah untuk wilayah Madinah.

NCM sebelum itu meramalkan hujan lebat dan ribut petir di kawasan berkenaan termasuk Al-Ula dari tengah hari hingga 11 malam Isnin.

Memetik laporan Arab News, susulan bencana tersebut, seorang lelaki Arab Saudi berusia 40 tahun terkorban di Kholas di utara Al-Ula.

Pertahanan Awam Madinah juga menerima banyak panggilan kecemasan daripada penduduk yang terkandas di dalam kenderaan mereka selain melaporkan litar pintas.

Beberapa hari lalu banjir kilat melanda negara jiran Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman di tenggara, yang merupakan kejadian yang jarang berlaku pada tahun ini.

Madinah dilanda banjir teruk, sekolah & jalan ditutup, seorang lelaki korban, amaran merah dikeluarkan

Pada November 2022, bandar Jeddah dilanda banjir kilat sehingga mengorbankan dua orang.

Difahamkan banjir yang berulang di bandar tersebut berpunca daripada kekurangan saliran mengalirkan air hujan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*