Macam ‘baju budak sekolah’ – Netizen kecam pakaian Sukan Olimpik negara

Pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 dikecam hebat orang ramai ekoran rekaan yang disifatkan agak ketinggalan.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, rata-rata netizen bukan sahaja menzahirkan rasa tidak puas hati, malah ada yang mengatakan ia kelihatan seperti ‘baju budak sekolah’.

“Macam baju budak sekolah. Sejak bila jalur bendera kita warna kuning ni? Seriuslah diluluskan? Sedihlah, buruk tau. Ni Olimpik, bukan wakil sekolah,” komen @hana.

“Serius, macam satu kelas nak buat jersi untuk hari sukan. Bayar seorang RM30,” ujar seorang lagi pengguna.

“Sekurang-kurangnya guna la model atlit. Dah la rekaan ‘hauk’,” selar @najibxo.

Jumaat lalu, pakaian rasmi kontinjen negara ke pelbagai temasya sukan iaitu baju berkolar, baju T dan jaket diperkenalkan sempena sambutan Hari Olimpik, di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.

Namun, ia menerima kecaman hebat orang ramai dan netizen yang tidak berpuas hati dengan rekaan ditampilkan.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, pihaknya mengambil maklum pelbagai reaksi membabitkan reka bentuk pakaian rasmi kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2024 yang diumumkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Ahad lalu.

Hannah berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak memutuskan reka bentuk pakaian rasmi untuk Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2024 di Paris kerana ia adalah di bawah bidang kuasa MOM.

“Penentuan pakaian rasmi Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik adalah bidang kuasa MOM selaku Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (National Olympic Committee) yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (International Olympic Committee) sejak 1954.

“Pakaian rasmi Kontinjen Malaysia disediakan oleh syarikat Yonex yang mempunyai kontrak selaku penaja rasmi MOM dan rekabentuknya diluluskan oleh Lembaga Pengarah MOM yang mengambil inisiatif menggunakan rekabentuk baru khas bagi temasya di Paris nanti,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*