WARGA maya kecoh apabila seorang individu mendakwa isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan seorang pelajar sekolah.
Menurut pengadu yang berusia 28 tahun itu, dia dan isterinya tinggal berasingan kerana wanita berkenaan bertugas di sebuah sekolah di Sabah.
Dalam perkongsian di platform X pada Khamis, dia mendakwa hubungan terlarang itu terbongkar selepas memeriksa telefon isterinya.
“Hatiku hancur-sehancurnya apabila dapat tahu isteri aku ada hubungan dengan pelajar sekolah dia, tingkatan lima. Aku tahu apabila kami tukar telefon sebelum dia menaiki penerbangan ke Sabah.
“Aku tengok TiKTok, dia tak log out. Aku baca peti mesej, mereka siap (panggil) sayang-sayang. Hantar video dan merancang pergi bercuti sama-sama.
“Aku menangis dekat ruang parkir Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lepas dapat tahu dia curang belakang aku,” ujar pengadu yang mengakui masih menyayangi isterinya.
Bercerita lanjut, pengadu mendakwa dia memiliki bukti yang cukup, namun masih tidak dapat membuat keputusan sama ada mahu bertindak atau berdiam diri sahaja.
Malah katanya, dia juga sudah lama mengesyaki hal itu memandangkan mereka tinggal berjauhan.
“Aku periksa galeri, ada gambar pelajar tu berdua dengan dia. Aku dah cukup bukti ni nak tuduh dia nusyuz. Tapi aku masih sayang dia. Macam mana aku nak tegur isteri aku ni?
Kalau aku biarkan je, aku dayus ke? Ada ke akta berkenaan pendidik bercinta dengan pelajar dia sendiri? Aku tak tahu, buntu nak buat macam mana. Bukti semua cukup, tangkap layar perbualan mereka di TikTok, gambar berdua, rekod panggilan.
“Itu baru dekat TiKTok, belum dekat WhatsApp dia lagi. Entah apa mereka berbual. Aku overthinking sejak dia mengajar jauh dekat sana lagi. Tak sangka overthinking aku benar belaka. Hancur hati aku,” luahnya lagi.
Perkongsian individu itu meraih 1,000 ulang kicau (retweet) di platform X dan turut dihujani komen netizen.
Pelayar media sosial meluahkan rasa simpati terhadap lelaki itu dan meminta agar dia membuat laporan atas perbuatan keji isterinya.
“Aku simpati dekat kau bro. Aku tak tau macam mana nak hadap muka isteri yang kita sayang, curang belakang kita. Tengok muka dia terbayang kecurangan… pedih.
“Bercinta dengan student dia dah salah daripada segi etika, bercinta dengan budak bawah umur pula, bertambah-tambah salahnya. Bini anon memalukan profesion dia dan memalukan wanita.
“Buat report polis, kasi penjara dia. Pedofilia ni makin menjadi-jadi dalam masyarakat,” tulis netizen.
Turut baca :
Leave a Reply